Ketika datang ke elektronik, memahami bagaimana arus mengalir sangat penting untuk membina litar yang berfungsi!
Sekiranya anda tersilap sambung wayar, kadang-kadang benda-benda pelik boleh berlaku 💥 (tapi macam itu baru seronok😁)
Hari ini, kita akan belajar:
Bagaimana arus elektrik mengalir dalam litar elektrik⚡
Di manakah terminal + dan - di Arduino ➕ ➖
Menyalakan 1 LED Biru dengan bateri syiling 3.3V, wayar dan klip buaya 🐊
Apa yang kita perlukan untuk Tutorial ini?
1 Arduino Uno dan kabel USB
2 Jumper wire M-M
3 LED Biru 5mm
2 Klip buaya
Bateri syiling 3.3V
Motor DC 3.3v-5V (jika ada)
Cabaran 1: Bagaimanakah cara hidupkan LED biru dengan bateri syiling?
Bateri Syiling 3.3V
LED biru
Anda harus letakkan kaki pendek pada bahagian negatif(-) bateri: https://photos.app.goo.gl/A7aypB7Hq2LkTgRGA
Arduino Uno, sudah disambungkan ke laptop
x2 20cm Wayar M-M
x2 Klip Buaya 🐊
x1 LED Biru
Cabaran 2:
Gunakan bahan-bahan di atas + gunakan 2 pin seperti di kiri (3.3V, GND) untuk hidupkan LED Biru.
Picture answer here: [pic coming soon, left my croc clips in office!]
Agaknya korang pernah buat eksperiment di atas semasa sekolah rendah. Nampak tak apa-apa hubungan dengan LED biru tadi?
Kamu pun boleh teka apa berlaku kalau kita cabut wayar dari litar di atas.
Mentol akan berhenti hidup sebab litar tidak lengkap.
Tetapi, kalau litar elektrik lengkap, arus elektrik akan mengalir dari + ke - bermula dari bateri, dan akan hidupkan mentol semasa mengalir melalui litar tersebut.
Kredit gambar: https://xaktly.com/Resistance.html
Bayangkan arus elektrik ⚡ seperti aliran arus air 🌊
Arus Elektrik bermaksud Kadar Aliran Elektrik - dalam satu tempat, berapa banyak caj elektrik mengalir.
🌊 Anda boleh banyangkan arus elektrik seperti arus air dalam sistem paip (rujuk gambar di atas).
Arus elktrik boleh mengalir melalui bahan-bahan konduktur (cth: wayar besi, karbon, air garam, ada google je)
Buat masa sekarang, ingat je: Arus elektrik mengalir dari termina posotif (+) ke terminal negatif (-), bermula dari sumber elektrik (seperti bateri)
Kredit gambar: https://kayky.weebly.com/light-bulb.html
Arus elektrik mengalir dari + ke -
Bateri akan ada simbol ➕ and ➖ .
Cabaran: Bolehkah anda teka pin yang manakah adalah terminal positif(+) dan negatif(-) pada Arduino Uno anda?
Ingat je yang Ground adalah terminal negatif, dan yang lain-lain biasanya positif.
Maka, apakah yang telah anda semua belajar hari ini 😉 ?
Cabaran extra: Bolehkah anda hidupkan DC motor anda (gunakan pin 5V)?
Dengan itu, kami akan belajar lagi tentang menyambung litar elektrik dalam tutorial seterusnya, iaitu Breaboard!