💿 Installation (Pemasangan) software Arduino IDE dan CH340 USB ke Serial driver untuk memulakan pengaturcaraan!
Memasang Software Arduino tidak rumit sebenarnya - ikut sahaja cara anda memuat turun dan memasang software lain dengan setup file .
Ikuti langkah di bawah!
Pergi ke https://www.arduino.cc/en/software/
Muat turun versi yang sesuai untuk OS komputer anda. (Windows/Macbook/Linux).
Siap muat turun, buka dan lengkapkan installation.
Jika Arduino anda terdapat cip CH340, anda perlukan driver CH341SER.
Kalau tidak, nanti akan ada masalah untuk upload kod.
Klik belah kanan > Pilih 'Translate to English'
Muat turn software yang sesuai untuk OS Komputer anda.
Dah siap muat turun, install!
Video langkah demi langkah (for Windows OS) di bawah!
Sambungkan board Arduino anda dengan menggunakan kabel USB.
Pergi ke Tools > Ports > Select COM (nombor) untuk board anda.
Tekan Upload Button (atau shortcut dekat papan kekunci Ctrl+U)
Jika dapat lihat Done Uploading, maksudnya board anda boleh sambung dengan Arduino IDE, dan board anda tiada masalah! 👍
💡 Jika asyik tak dapat nak upload, boleh lihat tutorial : ⭐ ERROR: Mengapa Arduino Uno tidak boleh Upload
Jika boleh lihat Done Uploading, ini bermaksud memang software Arduino IDE boleh sambung dengan board anda.
Saya tidak mempunyai Macbook untuk cuba sendiri. Tetapi ikut cakap kawan-kawan, installer ini patut boleh install: http://www.wch.cn/downloads/CH341SER_MAC_ZIP.html (ingat untuk 'Extract' dulu!)
Ikut cakap kawan-kawan, mungkin ada sesetengah versi Macbook yang memulakan installer yangn tertentu (cth: Yosemite, Snow Leopard, mungkin perlukan installer lain).
Sesetengah murid saya yang ada Macbook kata Macbook yang lebih baru sudah ada driver CH341SER di dalam.
Cuba Google error/ masalah jika ada masalah dengan installation ikut versi Macbook anda.
Selain versi offline, anda juka boleh guna Arduino online web editor.
Pastikan Internet anda cukup stabil dan laju.
Cara menggunakan Arduino online web editor: Link
Terima kasih baca. Bye, dan selamat mencuba! 😍