Search this site
Embedded Files
Mayyin and Projects
  • Home
  • Arduino & Coding
  • Arduino Tutorials (EN)
  • Tutorial Arduino (BM)
  • Pixel Art
    • Pixel Art Commissions
  • About Me
Mayyin and Projects
  • Home
  • Arduino & Coding
  • Arduino Tutorials (EN)
  • Tutorial Arduino (BM)
  • Pixel Art
    • Pixel Art Commissions
  • About Me
  • More
    • Home
    • Arduino & Coding
    • Arduino Tutorials (EN)
    • Tutorial Arduino (BM)
    • Pixel Art
      • Pixel Art Commissions
    • About Me

⭐ ERROR: Mengapa Arduino IDE tidak boleh Upload (untuk Windows) 9/1/2021

10 masalah-masalah biasa mengapa Arduino anda enggan je nak upload.

😡 Eee, geramkan kalau nampak warna oren ini muncul dalam Arduino IDE?

Saya pun BETUL-BETUL faham perasaan itu - terutamanya kalau ada masa tak dapat nak minta orang tolong.

Sini saya kongsikan tip-tip nak troubleshoot error yang biasa saya temui semasa tahun-tahun saya jadi pendidik STEM.

💡 TIP: Selalu mula dengan menyemak mesej error. Mesej error akan memberikan petunjuk punca masalah.

#1 Verify: Semak jika ada syntax error dalam kod🔍

  • Tekan simbol ✅ untuk Verify atau Compile kod anda.

  • Ini bukan untuk upload (memuat naik) kod anda ke board, tetapi untuk menyemak jika ada syntax error - kesilapan ejaan dalam kod.

Syntax error or missing library error

  • ❗ Sekiranya anda melihat error seperti begini, anda anda ada syntax error (silap ejaan). Kadang-kadang anda perlu memasang library tertentu terlebih dahulu (saya cerita dalam post masa depan).

  • Anda mesti membuat pembetulan pada kod anda terlebih dahulu atau installkan library yang diperlukan.

  • Sekiranya anda masih tidak pasti adakah masalah berpunca dari ejaan kod atau , buat fail baru (Ctrl + N) dan Upload (Ctrl + U) untuk menguji jika software Arduino IDE anda ke board anda dapat sambung dengan betul.


  • Jika nampak 'Done Uploading', tahniah 👏! Memang board Arduino anda tiada masalah dan software pun sudah install dengan betul.

  • Jika masih ada error walaupun adalah sketch yang baru seperti di sebelah kiri, teruskan membaca.


#2 Anda belum memasangkan kabel USB Arduino 🔌

  • Kadang-kadang boleh terjadi kita lupa pasang kabel!

  • Pastikan kabel dah dipasangkan dengan ketat.

  • Anda boleh nampak LED ON menyala kalau kabel sudah dipasang.

#3 Anda tidak memilih Board yang betul ✅

  • Pastikan anda memilih Arduino Uno Board (atau jenis yang anda guna)

  • Pergi ke Tools > Boards > Select Arduino Uno

#4 Anda belum install Driver CH341SER 💿

Tiada Port yang boleh dipilih dalam Arduino IDE
Cip CH340

Error code: avrdude: ser_open(): can't open device "\\.\COM3": The system cannot find the file specified. OR avrdude: stk500_recv(): programmer is not responding ... avrdude: stk500_getsync() attempt 10 of 10: not in sync: resp=0x7c

  • Kebanyakan Arduino di pasaran menggunakan cip CH340

  • Board Arduino yang mengngunakan cip CH340 akan memerlukan pengguna install CH341SER

  • Pergi ke http://www.wch.cn/download/ch341ser_exe.html dan muat turun setup file

  • Jika anda memerlukan video, tekan sini.

  • Kalau nampak mesej ini selepas tekan INSTALL, memang bermaksud sebelum ini anda belum ada driver ini.

  • Selepas install, tutup dan buka semula Arduino IDE dan cuba upload semula.


#5 Anda belum memilih Port USB yang betul (COM) 🔗

Error code: avrdude: ser_open(): can't open device "\\.\COM3": The system cannot find the file specified or An error occurred while uploading the sketch

  • Pergi ke Port > Pilih COM[nombor] yang muncul

Mesti dapat lihat: Port: 'COM[nombor]'

  • Kadang-kadang, menukarkan kabel ke Port USB yang lain dan memilih port tersebut boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Check Ports (COM & LPT) under Device Manager to see which COM number Arduino is connected to.

💡 TIP TROUBLESHOOTING TAMBAHAN

  • Jika anda nampak Com [nombor] yang lain dari yang saya tunjuk, memang Komputer berbeza akan membpunyai nombor-nombor berbeza.

  • Jika tukar kabel ke port lain, jangan lupa tukar Com[nombor] juga.

  • Untuk PC Desktop, biasanya COM1 tak boleh sambung. Guna COM nombor lain.
    Jika anda nampak banyak Com macam gambar, anda boleh sama ada:
    a) Cabut kabel, tengok COM mana yang hilang
    b) Cari di Windows Search > Device Manager > Ports (COMS & LPT (tengok gambar rajah) -- Ini akan tunjuk sama ada komputer anda boleh mengesan Arduino atau tidak.

#6 Anda bukan login ke Komputer sebagai Administrator💻

  • Jika anda login ke komputer sebagai 'guest' di komputer, mungkin Arduino tidak dapat kebenaran untuk gunakan port USB.

  • Tukar ke akaun Windows Administrator (jangan lupa ulang langkah 1-5 jika perlu)

#7 Kabel Arduino anda rosak atau bukan jenis yang boleh memindahkan data 🔌

  • Cuba tukar kabel (boleh cari kabel USB mesin pencetak jika ada)

  • Jika anda gunakan board yang menggunakan kabel Android USB Mikro-B seperti Maker Uno X, pastikan adalah kabel yang boleh pindah data, bukan untuk caj sahaja.

  • Jika boleh berfungsi selepas tukar kabel, maka masalahnya dengan kabel yang tadi.

#8 Board anda telah terbakar 🔥

Error code: avrdude: ser_open(): can't open device "\\.\COM3": The system cannot find the file specified.

OR avrdude: stk500_recv(): programmer is not responding ... avrdude: stk500_getsync() attempt 10 of 10: not in sync: resp=0x7c

  • Ini jarang berlaku tetapi boleh berlaku. Kadang-kala, nasib anda malang. Mungkin memang dari awal dah rosak.

  • Ataupun anda terbakar mikrocip anda.

  • Pinjam Arduino lain dan cuba upload, kalau Arduino lain boleh, mungkin board awal tadi sudah rosak.

TIPS: BAGAIMANA MIKROCIP PADA ARDUINO BOLEH TERBAKAR🔥

  • Rosak oleh statik di sekililing

  • Anda terpasang arus dari 5V terus ke GND, tanpa apa-apa perintang/ komponen di antaranya

  • Anda tertarik terlalu banyak arus elektrik dengan komponen yang anda gunakan

  • You wired 5V straight to GND, without any resistor/ component in between

  • You drew too much current with the components you were using

  • Anda menggunakan adapter elektrik di luar julat yang sesuai (di luar julat 9V-12V, hingga 1A-2A AC ke DC)

  • Semasa menggunakan motor servo, anda tidak menggunakan kapasitor untuk melindungi litar

# 9 Versi offline tidak berfungsi untuk PC anda 🌐

  • Satu lagi kes yang jarang berlaku, kita pernah mempunyai pelajar yang mendapati bahawa versi Arduino IDE online berfungsi untuknya daripada yang offline walaupun cuba menyelesaikan masalah berkali-kali.

  • Anda boleh mencuba editor web di sini: https://create.arduino.cc/editor

  • Untuk pertama kalinya pengguna versi web editor, anda perlu install plugin ini: https://create.arduino.cc/getting-started/plugin/install

#10 PC anda ada masalah yang sukar untuk dikesan puncanya 💻

  • Ini juga merupakan kes yang sangat jarang berlaku, memandangkan Arduino IDE masih boleh digunakan kebanyakan PC lama walaupun masih di Windows 7 OS.

  • Mungkin port USB atau driver lain yang berkaitan mempunyai masalah

  • Sekiranya tidak pasti mengapa, cuba selesaikan masalah dengan menukar ke PC lain, jika berfungsi dengan yang lain, anda perlu memeriksa apakah masalah dengan PC pertama lebih jauh.

Saya mencuba semuanya tetapi tidak ada yang berjaya ?! 😱

  • Restart semula program atau Windows mungkin membantu.

  • Pastikan anda tidak melewatkan langkah-langkah di atas, jangan berputus asa, kadang-kadang anda memerlukan trial-and-error terakhir agar ia berjaya.

  • Cuba Google atau Youtube masalah tersebut - kemungkinan anda menghadapi masalah yang lebih jarang berlaku, jika anda bernasib baik orang lain mungkin menghadapi masalah anda dan mendokumentasikan penyelesaiannya.

  • Hubungi seseorang yang berpengalaman dengan Arduino untuk membantu anda memeriksa.

  • Ingat, proses cuba menyelesaian masalah adalah sebahagian daripada pembelajaran kita.

Semoga post ini sedikit sebanyak membantu. Semoga berjaya dan selamat mencuba! ✨

Home | Arduino & Coding | Arduino Tutorial (EN) | Arduino Tutorial (BM)| 
Pixel Art | | About Me  | Instagram

© mayyin and projects

Privacy Policy | Terms and Conditions

Powered by Google Sites
Labels: How to code with Arduino Uno IDE Projects Bagaimana kod dengan Arduino Uno IDE projek STEM projek STEAM Pixel Art Gallery Art Robot Music Project LED Arduino for Beginners Free tutorials in Arduino Tutorial percuma untuk Arduino  Mayyin and Projects Arduino  Tutorial Arduino dalam Bahasa How to
Google Sites
Report abuse
Page details
Page updated
Google Sites
Report abuse